Tuesday 12 July 2011

alhamdulillah

kita selalu mengeluh  apabila kita tidak dapat apa yang kita inginkan.kita akan iri hati terhadap orang lain apabila 
mereka dapat apa yang kita inginkan.tetapi orang tersebut tidak pula bersyukur malah mengeluh kerana mereka 
inginkan sesuatu yang lain.kita sentiasa tidak bersyukur dengan apa yang mereka miliki.kita sentiasa iri hati 
dengan orang apabila melihat mereka melebihi kita.kita tidak sedar bahawa apa yang kita inginkan itu belum 
tentu baik untuk kita dan apa yang kita tidak inginkan tetapi  di beri oleh Allah itu mungkin adalah yng terbaik untuk kita.Allah telah menyatakan bahawa Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya kerana Dia-lah yang telah menciptakan kita.kita sentiasa lupa bahawa kita adalah milik abadi Allah yang di piniamkan seketika sahaja di muka bumi ini dan Allah mengetahui setiap hamba-Nya.sentiasalah kita bersyukur dengan apa yang telah di kurniakan oleh Allah kepada kita kerana itu adalah pemberian Allah kepada kita dan kita patut mensyukurinya dan bukan mengeluh...ya Allah ya tuhanku,aku bersyukur dengan apa ynag telah engkau kurniakan kepada ku selama hayat ku ini...^_^syukran ya rabb...alhamdulillah

No comments:

Post a Comment